macam mana seandainya satu hari nanti aku harus pergi dan tinggalkan dia.
ape yang dia fikirkan??
:- mungkin - tak ada aper2 yang berubah pada dia, menjalani hidup seadanya dan tak lagi pedulikan tentang aku.
:- mungkin - dia makin bahagia????
hurm...
sebenarnya, aku telah banyak berfikir kini,
entah sampai bila dia mahu hidup dengan orang macam aku,
orang yang cuma kosong dan tak ada aper2.
makin tua dan tak ada lagi untuk membuatkan aku terus tersenyum...
bila aku terjaga malam,
melihat dia di sisi, aku makin banyak berfikir. entah apa yang berlaku pada dia dan pada aku membuatkan aku dan dia bukan lagi seperti dulu.
banyak benda yang membuatkan aku berfikir,
sikap dan tindakan.
bercakap dan bertindak.
semua cara berbeza dari segalanya.
hati kecil berbunyi :
seakan dia cuma hidup dengan aku kerna dia tak ada orang lain untuk bergantung harap dan bermanja kasih.
mungkin dia cuma mahu menjalani hidup dengan aku sehingga kehidupan dia betul2 stabil dan senang.
mungkin dia cuma hidup dengan aku kerna suka2 cuma...
itu semua satu kemungkinan,
yang aku sendiri tak dapat meramalkannya.
:-
betul lah kata cikgu aku dulu :
"orang yang hidup dengan kita, berkongsi bantal, selimut, tilam dan semuanya, yang kadang2 kita rasa kita terlalu mengenali dia, kenyataan nya ialah kita tak pernah mengenali dia, makin lama dia hidup dengan kita, makin kita tak pernah dapat mengenali dia, walaupun kita mencuba berjuta2 kali untuk memahami segala sikap dan perwatakan dia"
makin banyak kelemahan berbanding kelebihan.
makin banyak kekurangan berbanding kekuatan.
makin aku tak mengerti
dan makin aku tak memahami...
semuanya hanyalah khayalan..
mahu tak awak hidup dengan saya sampai mati?
0 ulasan:
Catat Ulasan